Wednesday, February 15, 2012

Antara Award Dan Kemanusiaan ...

Salam. Nak share la sikit2 topik yang luar dari bisnes ni. Asyik cerita bisnes pun muak jugak.

Mungkin ada yang dah tahu kisah gambar ni. Bagi yang dah tahu takpe lah, yang belum tahu ini adalah gambar yang memenangi anugerah Pulitzer Prize 1994, gambar diambil di Sudan. Kanak2 ini sedang berehat setelah merangkak untuk ke kem PBB. Kondisi yang terlalu lemah manakala burung pemakan bangkai sudah siap sedia untuk meratahnya. Jurugambar tersebut, Kevin Cartner mengambil masa 20 minit untuk setup kamera dan mencari sudut yang terbaik untuk mengambil gambar. Setelah gambar diambil, dia berlalu pergi membiarkan kanak2 tersebut, mungkin kerana prinsip sebagai jurugambar adalah sebagai pemerhati dan tidak campurtangan. Beliau mendapat kecaman dari masyarakat kerana tidak membantu kanak2 itu. Tidak diketahui nasib kanak2 tersebut setelah itu, tetapi selepas 3 bulan Kevin Cartner membunuh diri.


No comments:

Post a Comment