Salam,
Sean Stone, anak kepada pengarah filem terkenal Oliver Stone yang baru memeluk Islam ketika di Iran, kini menjadi sasaran kebencian setelah kembali ke Amerika. Mereka yang dari industri perfileman juga keberatan untuk bekerjasama dengannya hanya kerana dia mengucapkan kalimah syahadah.
Dia memberitahu Washington Post, " Dengan membaca Al Quran dan berada dalam persekitaran budaya Islam terutama di Iran, menyebabkan saya meyakini Muhammad itu utusan Tuhan, iaitu Tuhan yang sama yang disembah oleh agama lain. Saya seorang berdarah Yahudi yang menganut Kristian, menerima ajaran Isa, Taurat dan kini menerima Al Quran."
Bapanya, Oliver Stone tidak menentang bahkan berkata kepadanya,' Allah bersama kamu'.
"Saya tidak peduli dengan kritikan. Jika saya boleh buka sesi debat tentang agama supaya orang sekeliling faham, maka ia sesuatu yang sangat berharga."
No comments:
Post a Comment