Monday, February 27, 2012

Gorilla Dan Kanak2 ...

Salam.


Bila recall balik kisah2 haiwan macam ada satu perasaan kasih mereka terhadap manusia terutamanya kanak2. Ada dua kejadian yang hampir sama iaitu kanak2 terjatuh ke dalam kandang gorilla di zoo. Seekor nama Binti Jua dan seekor lagi Jambo.


Binti Jua


















Gambar di atas adalah gorilla diberi nama Binti Jua. Dia melindungi kanak2 3 tahun yang terjatuh ke dalam kandang daripada gangguan gorilla liar yang lain. Binti Jua membawa kanak2 itu ke tempat yang selamat sebelum petugas zoo tiba. Kejadian berlaku tahun 1996. Di bawah adalah videonya...


Video di bawah pula adalah rakaman pada 31 Ogos, 1986 apabila kanak2 berumur 5 tahun terjatuh lalu tidak sedarkan diri dalam kandang gorilla. Gorilla yang diberi nama Jambo telah menunjukkan
seolah rasa simpati pada kanak2 tersebut.

Monday, February 20, 2012

Sean Stone Setelah Islam ...

Salam, 

Sean Stone, anak kepada pengarah filem terkenal Oliver Stone yang baru memeluk Islam ketika di Iran, kini menjadi sasaran kebencian setelah kembali ke Amerika. Mereka yang dari industri perfileman juga keberatan untuk bekerjasama dengannya hanya kerana dia mengucapkan kalimah syahadah. 

Dia memberitahu Washington Post, " Dengan membaca Al Quran dan berada dalam persekitaran budaya Islam terutama di Iran, menyebabkan saya meyakini Muhammad itu utusan Tuhan, iaitu Tuhan yang sama yang disembah oleh agama lain. Saya seorang berdarah Yahudi yang menganut Kristian, menerima ajaran Isa, Taurat dan kini menerima Al Quran." 

Bapanya, Oliver Stone tidak menentang bahkan berkata kepadanya,' Allah bersama kamu'. "Saya tidak peduli dengan kritikan. Jika saya boleh buka sesi debat tentang agama supaya orang sekeliling faham, maka ia sesuatu yang sangat berharga."




 

Friday, February 17, 2012

Paus Selamatkan Penerjun.

Salam.

Paus jenis Beluga telah menyelamatkan seorang diver di negeri China setelah dia mengalami kekejangan di kaki kanannya ketika berada pada paras 20 kaki dari paras air.


Yang Yun dan peserta lain dikehendaki terjun hingga ke paras bawah kolam ikan paus arctic dan tetap di situ seberapa lama yang boleh tanpa sebarang bantuan pernafasan untuk melayakkan diri menjadi jurulatih ikan paus.  Suhu yang terlalu sejuk menyebabkan Yang Yun mengalami kekejangan. Yang Yun meronta tanpa disedari mereka yang bertugas tapi 2 ekor ikan paus di kolam tersebut telah dapat mengesan masalah yang dihadapi Yang Yun. Salah seekor ikan paus tersebut mencengkam kaki Yang Yun dan mendorongnya ke atas dengan dibantu ikan paus seekor lagi. Para petugas hanya menyedari hal itu apabila Yang Yun sudah berada di permukaan air.

Beluga whale Mila spotted diver Yang Yun struggling in the water at Polar Land in Harbin, northeast China.







Beluga whale Mila spotted diver Yang Yun struggling in the water at Polar Land in Harbin, northeast China.



Wednesday, February 15, 2012

Antara Award Dan Kemanusiaan ...

Salam. Nak share la sikit2 topik yang luar dari bisnes ni. Asyik cerita bisnes pun muak jugak.

Mungkin ada yang dah tahu kisah gambar ni. Bagi yang dah tahu takpe lah, yang belum tahu ini adalah gambar yang memenangi anugerah Pulitzer Prize 1994, gambar diambil di Sudan. Kanak2 ini sedang berehat setelah merangkak untuk ke kem PBB. Kondisi yang terlalu lemah manakala burung pemakan bangkai sudah siap sedia untuk meratahnya. Jurugambar tersebut, Kevin Cartner mengambil masa 20 minit untuk setup kamera dan mencari sudut yang terbaik untuk mengambil gambar. Setelah gambar diambil, dia berlalu pergi membiarkan kanak2 tersebut, mungkin kerana prinsip sebagai jurugambar adalah sebagai pemerhati dan tidak campurtangan. Beliau mendapat kecaman dari masyarakat kerana tidak membantu kanak2 itu. Tidak diketahui nasib kanak2 tersebut setelah itu, tetapi selepas 3 bulan Kevin Cartner membunuh diri.


Seteguk air ......




Seteguk air buat penghilang dahaga .... Secebis harapan penyedap hati buat hari muka yang tidak pasti...