Untuk pembelian produk gunakan borang pesanan atau sms 019-6030 777.
Harga yang dipaparkan tidak termasuk belanja pos.
Terimakasih atas kunjungan anda.
Paus jenis Beluga telah menyelamatkan seorang diver di negeri China setelah dia mengalami kekejangan di kaki kanannya ketika berada pada paras 20 kaki dari paras air.
Yang Yun dan peserta lain dikehendaki terjun hingga ke paras bawah kolam ikan paus arctic dan tetap di situ seberapa lama yang boleh tanpa sebarang bantuan pernafasan untuk melayakkan diri menjadi jurulatih ikan paus. Suhu yang terlalu sejuk menyebabkan Yang Yun mengalami kekejangan. Yang Yun meronta tanpa disedari mereka yang bertugas tapi 2 ekor ikan paus di kolam tersebut telah dapat mengesan masalah yang dihadapi Yang Yun. Salah seekor ikan paus tersebut mencengkam kaki Yang Yun dan mendorongnya ke atas dengan dibantu ikan paus seekor lagi. Para petugas hanya menyedari hal itu apabila Yang Yun sudah berada di permukaan air.
Salam. Nak share la sikit2 topik yang luar dari bisnes ni. Asyik cerita bisnes pun muak jugak.
Mungkin ada yang dah tahu kisah gambar ni. Bagi yang dah tahu takpe lah, yang belum tahu ini adalah gambar yang memenangi anugerah Pulitzer Prize 1994, gambar diambil di Sudan. Kanak2 ini sedang berehat setelah merangkak untuk ke kem PBB. Kondisi yang terlalu lemah manakala burung pemakan bangkai sudah siap sedia untuk meratahnya. Jurugambar tersebut, Kevin Cartner mengambil masa 20 minit untuk setup kamera dan mencari sudut yang terbaik untuk mengambil gambar. Setelah gambar diambil, dia berlalu pergi membiarkan kanak2 tersebut, mungkin kerana prinsip sebagai jurugambar adalah sebagai pemerhati dan tidak campurtangan. Beliau mendapat kecaman dari masyarakat kerana tidak membantu kanak2 itu. Tidak diketahui nasib kanak2 tersebut setelah itu, tetapi selepas 3 bulan Kevin Cartner membunuh diri.