Thursday, May 17, 2012

Soya Di Antara Penyebab Barah.

Salam.


Kita sering digembar-gemburkan tentang kebaikan kacang soya sebagai makanan yang baik untuk tubuh kita. Produk-produk kesihatan juga ada yang menjadikan soya sebagai ramuan asas. Begitu juga susu formula untuk bayi yang berasaskan soya sebagai alternatif kepada susu lembu formula. Ditambah pula Amerika Syarikat sebagai pengeluar soya utama dunia, maka kempen2 tentang kebaikan soya tentunya hebat.

Maklumat tentang bahaya kacang soya ini didasarkan kepada penemuan yang dibuat oleh ketua pegawai perubatan United Kingdom dan Persatuan Pemakanan British. Phytoestrogens di dalam kacang soya adalah penyumbang utama terhadap kesan2 buruk soya. Di antara penemuan2 mereka mendapati phytoestrogens di dalam kacang soya meningkatkan risiko barah payudara dan menyusutkan kesuburan lelaki.


Penemuan ini disokong oleh Kementerian Kesihatan Israel, yang melarang penggunaan susu formula bayi berasakan soya dan menasihatkan rakyat Israel supaya menghadkan pengambilan makanan berasaskan soya. Kita ketepikan dulu isu kebiadaban mereka terhadap bangsa lain, yang perlu diketahui bahawa bangsa Israel sangat menitik beratkan perihal pemakanan mereka. 

Rujukan:
http://ntp.niehs.nih.gov/ntp/ohat/genistein-soy/pubcomm/Soy_Information_Service.pdf

http://test4ph.com/Articles/Soy%20Is%20No%20Health%20Food.pdf

http://www.westonaprice.org/soy-alert/bad-news-for-soy-industry



Tuesday, May 8, 2012

Solat Dan Kesibukan Hidup.

Salam. Sekadar untuk mengoverhaul jiwa-jiwa yang lemah, saya petik dari fb Best Quotes.

Wednesday, March 21, 2012

Tips Sihat Seperti Rasulullah saw.

Tips2 berikut merupakan di antara sunnah yang diamalkan Rasulullah saw:


1) Mandi fajar ( awal pagi )
2) Bertahajjud sebelum Subuh.
3) Makan dengan kadar yang betul
4) Makan apabila lapar sahaja
5) Berhenti makan sebelum kenyang
6) Gemar berjalan kaki
7) Tidak pemarah dan sentiasa memaafkan
8) Optimis dan tidak putus asa.
9) Tidak iri hati.
10) Banyakkan sedekah dan beribadah.



Monday, March 5, 2012

Mee Segera....

Salam. Untuk kali ni, sama-sama kita renungkan fakta disebalik kesedapan mee segera. Sama-sama kita waspada dengan pemakanan kita.