Salam.
Kita sering digembar-gemburkan tentang kebaikan kacang soya sebagai makanan yang baik untuk tubuh kita. Produk-produk kesihatan juga ada yang menjadikan soya sebagai ramuan asas. Begitu juga susu formula untuk bayi yang berasaskan soya sebagai alternatif kepada susu lembu formula. Ditambah pula Amerika Syarikat sebagai pengeluar soya utama dunia, maka kempen2 tentang kebaikan soya tentunya hebat.
Maklumat tentang bahaya kacang soya ini didasarkan kepada penemuan yang dibuat oleh ketua pegawai perubatan United Kingdom dan Persatuan Pemakanan British. Phytoestrogens di dalam kacang soya adalah penyumbang utama terhadap kesan2 buruk soya. Di antara penemuan2 mereka mendapati phytoestrogens di dalam kacang soya meningkatkan risiko barah payudara dan menyusutkan kesuburan lelaki.
Penemuan ini disokong oleh Kementerian Kesihatan Israel, yang melarang penggunaan susu formula bayi berasakan soya dan menasihatkan rakyat Israel supaya menghadkan pengambilan makanan berasaskan soya. Kita ketepikan dulu isu kebiadaban mereka terhadap bangsa lain, yang perlu diketahui bahawa bangsa Israel sangat menitik beratkan perihal pemakanan mereka.
Rujukan:
http://ntp.niehs.nih.gov/ntp/ohat/genistein-soy/pubcomm/Soy_Information_Service.pdf
http://test4ph.com/Articles/Soy%20Is%20No%20Health%20Food.pdf
http://www.westonaprice.org/soy-alert/bad-news-for-soy-industry
Untuk pembelian produk gunakan borang pesanan atau sms 019-6030 777. Harga yang dipaparkan tidak termasuk belanja pos. Terimakasih atas kunjungan anda.